Showing posts with label Nitrat. Show all posts
Showing posts with label Nitrat. Show all posts

Monday, 16 January 2012

Swiftlet Nest Exporters Must Obtain Three Quality Certifications To Enter China Market


KUALA LUMPUR, Jan 16 (Bernama) -- Starting this year, local companies exporting swiftlet nests to China are required to obtain three quality certifications before their products can be allowed to enter the republic, according to Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Noh Omar.

He said the quality certifications were the Veterinary Health Mark (VHM) certificate issued by the Veterinary Department, the Radio Frequency Identification (RFID) certificate issued by the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) and the health certificate issued by the Health Ministry.

The three certifications are aimed at ensuring the quality of the Malaysian swiftlet nests would meet the standards set by the Chinese government, he told reporters after opening Malaysia's first Authentic Bird's Nest Depository and Trade Centre in Puchong near here today.

"These quality certifications must be adhered to in order to meet the strict requirements set by the Chinese government after they agreed to accept swiftlet nests from Malaysia last year.

"However, the Chinese government has also required that only bird's nests with zero part per million (ppm) of nitrite are allowed to be exported to the republic," he said.

Noh said it was very difficult to obtain swiftlet nests with zero nitrite level, but the ministry was hoping that the Health Ministry could set a minimum and acceptable nitrite level for the issuance of the certification purposes.

The minister said the company which obtained the three quality certifications would be allowed to use the "1Malaysia Best" brand on their swiftlet nest products, but they also had to identify a strategic partner in China to ease the trade and monitoring process.

"Their partners in China will also be required to promote swiftlet nest products bearing the brand of '1Malaysia Best' as the ones having the best quality and safe for consumption," he said.

Meanwhile, Health Ministry Food Safety and Quality Control Division senior director Dr Noraini Mohd Othman said the swiftlet nest products containing high level of nitrate could pose a threat to human health and could also cause cancer.

"We will announce the acceptable level of nitrate in swiftlet nests after the ongoing discussion between our experts and their counterparts in China is concluded,"

-- BERNAMA

Friday, 28 October 2011

Officials to monitor bird’s nest industry for standards compliance

PUTRAJAYA: Chinese officials will visit Malaysia in December to look at Malaysia’s food and veterinary regulations, including enforcement action on swiftlet houses following the discovery of high nitrite content in bird’s nests exported to China.
Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said that during his visit to China recently, he told Chinese officials that the agency governing the bird’s nest industry had left it to them to decide on the acceptable nitrite level.
He said this was a good sign of things to come for the Malaysian bird’s nest industry.
“We have informed them of our very strict food and veterinary regulations,” he said.
Speaking to reporters after meeting about 50 bird’s nest traders at his ministry here yesterday, Liow also said that he explained to his Chinese counterparts why Malaysian bird’s nest was safe for consumption despite the nitrite found in it.
“Sometimes it (nitrite) happens because of the natural environment of the bird houses.
“Just because the nitrite level is high, it doesn’t mean that there are additives,” he said.
Malaysian Federation of Bird’s Nest Traders Associations president Datuk Paduka Beh Heng Seong echoed the minister, saying the high nitrite levels were caused by the bird droppings that contain ammonia.
“In Malaysia, this is okay because no one eats bird’s nest raw.
“Nitrite is soluble in water so the levels will go down once you wash the nest.
“It will go down even more when you cook it,” said Beh, who represents 24 bird’s nest associations.
“Even eggs and drinking water have some nitrite,” he said.
The Chinese government had tested a batch of Malaysian bird’s nest in July and found that it did not comply with its standards.
The high levels of nitrite prompted a fake bird’s nest scare, causing Beijing Tongrentang Co., a major retailer of traditional Chinese medicine, to pull all imported-from-Malaysia edible bird’s nest products off its shelves recently.
Malaysia is the world’s second biggest exporter of bird’s nests after Indonesia with 80% sold to China.
Malaysian bird’s nest exports to China had surged from 1.44 tonnes in 2009 to 100 tonnes last year.
The industry is producing an average of 20 tonnes a month this year.

-Thestar

Thursday, 27 October 2011

Paras Kandungan Nitrat Dalam Sarang Burung Walit Ditetapkan Akhir November

Paras Kandungan Nitrat Dalam Sarang Burung Walit Ditetapkan Akhir November
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan menetapkan paras standard kandungan nitrat dalam sarang burung walit keluaran tempatan akhir bulan depan, bagi memastikan produk itu dapat dieksport terutama ke China.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya akan mendapatkan sampel yang menyeluruh daripada pengusaha sarang burung walit supaya penetapan standard kandungan nitrat dalam produk itu dapat dilakukan secepat mungkin.

"Walaupun kita sudah ada standard pada masa lepas tetapi ia untuk memastikan standard yang lebih menyeluruh termasuk juga kandungan nitrat bagi sarang burung walit dari gua, rumah dan sebagainya.

"Kita akan dapatkan standard ini untuk dimaklumkan kepada pihak China pada masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pengusaha sarang burung walit tempatan di pejabatnya di sini Khamis.

Sebelum ini, orang ramai keliru dengan produk sarang burung walit yang dihasilkan di negara ini, yang dikatakan tidak selamat dimakan kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.

Kekeliruan itu timbul selepas kerajaan China mengumumkan produk sarang burung walit dari Malaysia mengandungi nitrat yang tinggi dan boleh mengancam kesihatan dan mereka kemudiannya menetapkan bahawa jika produk itu hendak dieksport ke China, kandungan nitratnya perlu kosong peratus.

Liow berkata sebelum ini, orang ramai keliru kerana beranggapan sekiranya terdapat kandungan nitrat dalam sarang burung walit, ia tidak boleh dimakan sedangkan bahan makanan lain seperti daging turut mempunyai kandungan bahan itu.

"Dengan kandungan nitrat yang dibenarkan, kita yakin memang selamat (sarang burung walit tempatan). Tetapi kalau melebihi (kandungan nitrat), kita akan ambil tindakan tegas menghalang penjualan sarang burung walit itu," katanya.

Beliau berkata selepas pihaknya menetapkan paras standard kandungan nitrat, garis panduan itu akan diserah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menguatkuasakan peraturan itu supaya pengusaha sarang burung walit mematuhinya.

Liow berkata beliau dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar akan mengadakan lawatan ke China awal bulan depan bagi menyakinkan kerajaan dan rakyat China bahawa produk sarang burung walit dari Malaysia berkualiti dan selamat.

Beliau berkata sepanjang berada di sana, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan China dan berdialog dengan pihak-pihak berkaitan di negara itu, tentang produk sarang burung walit keluaran tempatan.

"Saya akan pergi ke China untuk memberi keyakinan kepada penduduk China supaya mereka jangan risau tentang kualiti sarang burung walit dari Malaysia yang disahkan selamat dan berkualiti tinggi.

"Saya yakin kerajaan China akan memberikan kerjasama kepada kita kerana mereka juga bersetuju supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya.

Liow berkata pihaknya juga akan menjemput pihak-pihak berkaitan dari China untuk datang ke Malaysia pada awal Disember ini, supaya masalah itu dapat diatasi dengan berkesan.



-- BERNAMA

Monday, 24 October 2011

Isu Sekatan Eksport Sarang Burung Walit Diselesaikan Dalam Masa Terdekat

Isu Sekatan Eksport Sarang Burung Walit Diselesaikan Dalam Masa Terdekat
BACHOK, 23 Okt (Bernama) -- Isu sekatan eksport sarang burung walit ke China akan diselesaikan dalam masa terdekat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perkembangan itu dijangka membolehkan kira-kira 50,000 pengusaha industri sarang burung walit menarik nafas lega.

Mustapa berkata China sedia berunding mengenai perkara itu, dan tidak timbul soal pengusaha tempatan akan gulung tikar disebabkan sekatan berkenaan.

"Kerajaan negara itu sudah memberi persetujuan untuk berunding bagi menyelesaikan masalah itu," katanya kepada pemberita selepas menutup Kempen Kesedaran Penggiat Pelancongan Kelantan di sini.

Beliau mengulas sekatan pengimportan sarang burung walit ke China atas alasan ia mempunyai kandungan nitrat yang tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan rakan sejawatannya dari China Wen Jiabao mengenai sekatan itu ketika menghadiri Ekspo China-Asean 2011 di Nanning baru-baru ini.

Mustapa berkata Malaysia mengeksport sejumlah RM1.5 bilion produk berkenaan ke China setahun. Kelantan sahaja mempunyai 1,500 rumah sarang burung melibatkan 2,000 penternak.

-- BERNAMA

Taman Industri Sebagai Projek Ikonic Malaysia-China, Kata Najib

Taman Industri Sebagai Projek Ikonic Malaysia-China, Kata Najib
Daripada Ng Chee Yean dan Jeffri Mohd Rafiee

NANNING, 21 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dan China bersetuju untuk menjadikan Projek Pembinaan Taman Industri Qinzhou di China sebagai projek ikonik yang melambangkan kerjasama Malaysia dan China yang semakin meningkat.

Perdana Menteri berkata projek itu juga boleh menjadi mercu tanda kepada kemampuan syarikat Malaysia untuk mengendalikan projek perindustrian yang besar.

"Perundingan pelaksanaan Projek Taman Industri Qinzhou itu diharap dapat dimuktamadkan dan diselesaikan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kawasan Perindustrian China (Qinzhou) bersama rakan sejawatannya dari China, Wen Jiabao.

Najib mengadakan lawatan kerja dua hari ke sini yang berakhir Jumaat atas jemputan Wen apabila Malaysia diundang menjadi Negara Kehormat Ekspo China-Asean (CAEXPO) 2011 di sini tahun ini.

Perdana Menteri berkata projek itu adalah strategik kerana kawasan itu amat berhampiran dengan negara ASEAN dan pelaburan Hainan yang merupakan pelaburan China yang berpotensi besar.

Najib berkata projek itu juga masih pada peringkat awal dan syarikat pembalakan multinasional, Kumpulan Rimbunan Hijau terpilih menjadi syarikat utama yang akan memajukan projek taman industri itu.

Ini kerana syarikat itu mempunyai kemampuan modal yang kukuh dan rangkaian yang luas di China, katanya, sambil menyatakan syarikat itu akan menjemput beberapa syarikat lain untuk bersama-sama memajukan projek itu.

Selain itu, sebagai sokongan tambahan untuk memupuk perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China, yang termasuk projek Taman Perindustrian Qinzhou, Najib juga mengumumkan pelantikan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China Tan Sri Ong Ka Ting sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China.

Beliau berharap segala urusan dan rundingan mengenai pelaksanaan projek itu dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat supata Malaysia dapat melancarkan projek itu tidak lama lagi.

Taman Perindustrian Qinzhou, yang mempunyai keluasan 55 kilometer persegi itu, akan dibangunkan dalam tiga fasa dan akan mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan.

Fasa pertama, seluas 15 kilometer persegi akan siap dalam masa lima tahun. Sebuah bandar raya pelabuhan dekat kawasan itu telah siap pada 2009.

Projek itu dicadangkan oleh kerajaan China ketika pertemuan Najib dengan Wen di Kuala Lumpur pada April lepas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bersama-sama Ka Ting hamis telah mengadakan lawatan ke Taman Perindustrian itu, berkata malaysia ditawarkan 49 peratus kepentingan dalam taman itu, yang terletak kira-kira sejam 15 minit pemanduan dari sini.

Selain itu, Najib berkata beliau juga telah mengambil kesempatan semasa berbincang Wen tentang peranan China di dalam konteks Asean dan Asia Timur dan tentang tuntutan kawasan bertindih di Laut China Selatan.

Menurutnya, China mengulangi pendirian bahawa mereka akan bertindak dengan penuh bertanggung jawab dan tidak akan mengganggu keamanan dan ketenteraman kawasan Laut China Selatan.

"China akan mencari satu penyelesaian melalui rundingan." "Malaysia menerima prinsip ini dan kita berharap kawasan ini tidak menjadi satu kawasan yang menimbulkan ketegangan antara negara-negara yang mempunyai kepentingan terhadap kawasan Laut China Selatan," katanya, sambil menyatakan bahawa walau pun lawatan itu singkat, beliau melihatnya begitu produktif.

Najib berkata beliau juga mengambil kesempatan untuk berbincang dengan dengan Perdana Menteri China mengenai sekatan pengimportan sarang burung walit ke China atas alasan kandungan sarang burung walit itu mempunyai kandungan nitrat yang tinggi.

"Kalau pengharaman ini diteruskan, ia akan melumpuhkan satu perusahaan yang begitu besar di Malaysia, yang melibatkan penyertaan lebih 50,000 pengusaha, terutama di luar Bandar, yang termasuk pengusaha Bumiputera."

"Saya telah merayu supaya dicari satu penyelesaikan secepat mungkin untuk membolehkan kita meneruskan eksport sarang burung walit ke China," katanya, sambil menyatakan Malaysia sebenarnya boleh mematuhi spesifikasi yang praktikal yang dikenakan oleh mereka.

Perdana Menteri China juga, katanya bersetuju dan tahu betapa pentingnya industri itu kepada Malaysia dan beliau berkata China dan Malaysia boleh mencari satu penyelesaian dalam perkara itu.

Sehubungan itu, katanya beliau telah memutuskan supaya Menteri Kesihatan Malaysia datang ke China dalam masa terdekat ini untuk merundingkan perkara itu secepat mungkin supaya masalah itu dapat diselesaikan pada kadar segera.

Mengenai hubungan Malaysia dan China, Perdana Menteri berkata ia berada di atas landasan yang kukuh dan mempunyai prospek yang baik untuk dikembangkan di dalam semua lapangan.

"Dalam tempoh 6 bulan tahun ini, perdagangan antara Malaysia dan China meningkat lebih kurang 20 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada 2010."

"Walau pun pelaburan syarikat (Malaysia) ke China jauh melebihi jumlah dari China ke Malaysia, (pelaburan syarikat China ke Malaysia) semakin meningkat pada 2010, dengan sejumlah 121 projek bernilai lebih kurang US$250 juta."

"Sehingga hari ini, sejumlah 120 (syarikat China), beroperasi di Malaysia di dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, elektronik, kimia dan automatif," katanya.

Najib berkata beliau juga kagum dengan kemampuan syarikat China mendapatkan tender terbuka di peringkat antarabangsa di dalam bidang penjanaan kuasa elektrik, kereta api dan komunikasi.

Beliau berharap syarikat China akan menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau perniagaan masing-masing.

Najib melakukan lawatan ke China kali ini atas jemputan Wen kerana Malaysia diundang menjadi Negara Kehormat pada CAEXPO tahun ini yang bermakna para pemimpin Malaysia diberi peluang untuk mengadakan dialog meja bulat bersama-sama para pemimpin korporat China.

Dialog itu adalah aktiviti khas ekspo tahun ini untuk menarik pelabur China ke Malaysia dan mereka berminat dengan perkembangan di Malaysia.

Melalui dialog itu, Najib berkata beliau mendapati para pemimpin korporat China sangat berminat terhadap perkembangan dan pelaburan di Malaysia.

-- BERNAMA