Tarikh : December 3, 2011
Pegawai Undang-undang MPKu, Zakaria Ahmad berkata, tindakan mahkamah itu bertujuan membanteras kegiatan operasi sarang burung walit yang dijalankan di premis-premis bangunan kerana mendapati ia tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.
“Mengikut garis panduan, pemilik premis hanya boleh memasang audio atau alat pembesar suara bermula di antara jam 7 hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 8 malam.
“Namun ada di antaranya gagal berbuat demikian sehingga mengganggu ketenteraman awam terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan sekitar,” katanya.
Sehubungan itu katanya, MPKu menerusi Bahagian Penguatkuasaan menjalankan ‘Ops Senyap’ di beberapa premis perusahaan sarang burung walit baru-baru ini bagi memastikan premis terbabit mematuhi garis panduan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
“Dalam ops ini kita mengeluarkan notis amaran kepada premis yang memasang audio di luar waktu ditetapkan atau mengenakan tindakan mahkamah terhadap mereka.
“Operasi ini bertujuan menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan JPV agar tidak wujud gangguan bunyi bising di kawasan sekitar premis,” katanya.
Selain itu katanya, pengusaha juga boleh diberikan notis mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 sekiranya gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan manakala pihaknya akan menjalankan tinjauan susulan bagi memastikan amaran dipatuhi.
“Jika pengusaha didapati masih ingkar, kita akan dapatkan perintah mahkamah untuk menyerbu premis berkenaan dan merampas barangan yang terdapat di dalam premis di bawah Seksyen 56 Kanun Acara Jenayah,” katanya.
Zakaria berkata, MPKu juga telah bekerjasama dengan Persatuan Pengusaha Burung Walit Kulaijaya bagi memudahkan pemantauan dijalankan di kawasan ini namun terdapat beberapa premis yang masih tidak mendaftar melalui persatuan ini.
“Berdasarkan rekod yang diberikan persatuan pada tahun lalu, terdapat 158 pengusaha yang menjalankan 228 perusahaan burung walit di daerah ini.
“Bagaimanapun, hasil semakan MPKu mendapati 260 premis burung walit termasuk premis tidak berdaftar dan angka ini dijangka meningkat sehingga penghujung tahun ini,” katanya.
SINAR
No comments:
Post a Comment